Tuesday, April 5, 2011

Sehingga ke Hari ini...

Assalamualaikum,sahabat dan diriku sendiri.
agak lama tak update,sibuk dengan urusan dunia yang tak habis-habis dan tak akan habis sehinggalah nyawa kita habis,,,itupun,urusan dunia yang kita tinggalkan akan diteruskan oleh mereka yang masih hidup dan kita tinggalkan.Pening dua tiga minggu ni dengan cerita "video" dan pening juga dengan bebudak yang dua orang kat SMI Hira',(anak Ana ada dua orang kat SMI Hira' Jeram,)tiap-tiap minggu nak balik dan kalau balik dok mengadap xbox dan internet.nasib baik kat rumah takde ASTRO,susah betul nak manage bebudak tengah meningkat remaja.kalau tak diberi,mereka akan tertinggal,kalau diberi,tulah yang dihadap sampai maknye kena keluarkan suara "halilintar",,,baru nak solat.tu yang sekolahnya sekolah agama,nanti nak buat tahfiz,,,Ana tak dapat bayangkan parent yang tak berapa nak buat dan tak berapa nak ingat anak-anak mereka untuk bersolat dan sebagainya,apatah lagi bagi yang tinggal diibukota,dan parent asyik takdan masa nak monitor anak-anak,,,,ALLAHuakbar,,,Allah sahaja yang tahu.dan sesungguhnya Allah mengaturkan yang terbaik untuk mereka.
Last week,bawa anak-anak melawat Bukit Bintang,nak pegi sangat SgWangPlaza,nak beli skateboard dan kasut roda....dan anak-anak ana terkena kejutan budaya,bila tengok budak-budak yang mungkin sebaya dengan mereka 13 dan 15 tahun atau lebih muda dari mereka,lepak,berpacaran,hisap rokok,dressing maut,buka-bukaan,pegang-pegangan dan peluk-pelukan dan macam-macam an lagi,dicampur dengan muzik life,ade group hip-hop buat hiphop dance,ade mat dan minah saleh yang terover bukak,ade pak/minah arab comel-comel,yang jantan pakai seluar pendek,yang pompuan pun pakai seluar pendek,(mungkin kafir la tu,bukan islam)...
jangankan anak-anak,makbapak pun terkejut jugak,walaupun perkara-perkara tu adalah perkara2 yang dijangka dilihat disebuah kawasan tumpuan dikota besar,ditempat yang menjadi kunjungan pelancong-pelancong dan tempat perniagaan pelbagai jenis barangan,yang hidup,mati bernafas dan segar,maupun yang dah 'lunyai' dikeronyok,,,masih tetap diniagakan,for survival demi sesuap nasi...hehhehe..
Yang dikesalkan bukanlah wujudnya tempat itu,,mana mungkin tiada tempat melibur untuk golongan-golongan fasik ini,,,tetapi kenapa ada anak-anak muda MELAYU/ISLAM dan tak nampak macam ada agama berpeleseran disitu dan nampak macam mereka dah terlalu biasa dengan keadaan disitu.Dimana nilai-nilai moral,walaupun mungkin sifat melayu adalah sifat general,tetapi Islam adalah perkara khusus yang wajib diteladani sebagai seorang muslim/muslimat. persoalannya lagi ialah,,,siapa ibubapa mereka dan dimana ibubapa mereka ketika itu,pada pukul 8:30 malam,sabtu malam ahad....
Ana takut jikalau melihat kepada masa hadapan yang mungkin wujud lagi 20 tahun,masa itu anak-anak muda kita sekarang yang berusia belasan tahun akan menjadi teras kepada negara,teras kepada Agama Islam dan teras kepada jatidiri melayu/islam.mungkin kita terfikir masih ada ribuan malah jutaan lagi anak-anak muda sedang dilatih untuk menjadi hafiz,imam,lawyer,doktor,perdana menteri,menteri-menteri kabinet,pelakon,pelayar dan pelbagai macam karektor dan kerjaya,,tetapi fakta di Selangor,setiap hari secara purata nya 83 orang anak luar nikah didaftarkan,dan setakat ini,fakta yang ana rasa mungkin jelas,telah ada 200 ribu(200,000),two hundred thousand anak luar nikah didaftarkan dan statusnya adalah melayu islam.Kalau dilihat keadaan dikuala lumpur,,,jangan kita merasa hairan,akan ada ratusan ribu lagi yang akan didaftarkan....
Akhirnya,,,marilah berjuang,lebarkan sayap ukhuwah islamiah kita,berdakwahlah,bermulalah dari keluarga kita dahulu,pastikan anak-anak kita,saudara kita,jiran kita,taman kita dan kampung kita bebas dari cengkaman maksiat....berdoalah dan bertwakkallah,,,sesungguhnya ALLAH mendengar dan akan memberi hidayat...wassalam.

dR.AG

Thursday, March 24, 2011

Bagaimana untuk menambahkan amal jariah selepas kematian..

Banyak orang Islam,terlepas pandang tentang amal jariah,sedekah.kadang-kadang terasa berat untuk menghulurkan sedikit sumbangan yang merupakan sedekah amal jariah,sungguh,terasa berat,walaupun ia hanya seringgit dua.padahal,sedekah dan amal jariah yang ikhlas itu akan membantu kita diAkhirat.
bagaimana dana Etiqa boleh membantu.Kita pasti MATI,itu satu kepastian walaupun kita selalu lupa bahawa kematian itu akan menjemput kita,samaada esok atau lusa atau bila-bila, bila sudah sampai masanya.Persediaan,kita selalu membuat persediaan yang cukup rapi untuk hidup,bagaimana dengan kematian.
okay,,,,something to do, to be continue.

Anda perlukan perlindungan!!!

Kalau anda berkeluarga,ada anak isteri/suami dan anda merupakan pencari nafkah untuk keluarga,jawapannya adalah YA,,,jika berlaku sesuatu kepada anda,mereka yang anda tinggalkan perlu meneruskan kehidupan.Sekurang-kurangnya ini dapat membantu.betul,,,kan!!!

Tuesday, February 22, 2011

Betapa Ringkasnya Pemahaman Tentang Perlindungan/Takaful

Mudah je nak paham,dan ada juga yang tak paham atau saje-saje buat tak paham.yang paling penting yang perlu difahami ialah Takaful bukanlah satu Instrumen Pelaburan.Sebab tu,jangan jadi penyumbang dan nak untung.Niatnya adalah untuk melindungi jika terjadi sesuatu yang diluar jangka.Mudahnya,,kalau tak terjadi apa-apa,ada sejumlah simpanan yang akan dikembalikan.kalau terjadinya sesuatu yang diluar jangka,keilatan atau kematian,maka ia akan menjadi amat-amat berguna.
Adakah ia penting???,,,ya,ia amat penting dan wajib ada bagi setiap orang,bagi orang Islam,ia bukan sahaja sekadar perlindungan,tetapi dengan akad Tabaru' ,InsyaAllah,kita akan diberi ganjaran oleh Allah,Wallahuaklam.
Kemudiannya,,janganlah main hentam-keromo bila nak jadi peserta Takaful,ikut lah kemampuan,sesetengah wakil nak komisyen tinggi,dan depa kalau boleh nak hangpa masuk banyak-banyak,komisyen banyak,,tapi,lepas 3 bulan,laps,,,,,habis.hangus,,hancus,,,rugi.
Ikut kemampuan je,Kalau dalam takaful,asasnya mestilah at least RM65 sebulan,campur rider dan medical card,mungkin dalam RM120 sebulan,cukuplah.Ingatttttt,,,,menjadi Peserta Takaful,bukan melabur dalam takaful....Takaful adalah satu produk kewangan untuk melindungi,bukan produk pelaburan untuk buat untung.
Medical Card!!!,,,adakah ia perlu!!,
tentulah ia banyak membantu,tapi ia adalah satu pelan kewangan yang cukup hebat,sebab,berapa banyak pun yang kita sumbang untuk medical card,No Return...TETAPI,,kita harus ingat,Hospital dan manusia adalah satu hubungan yang cukup akrab,, dan kita seharusnya memilih untuk mendapat perkhidmatan yang terbaik,,untuk mendapat perkhidmatan yang terbaik,kita kena bayar,,,kalau dengan Medical Card,,kita bayar bil yang bernilai RM6000,dengan sumbangan RM43 sebulan,,,cukup hebat walaupun kita baru membayar 3 bulan atau rm43 x 3=rm129....faham !!!!,,,kalu tak faham kena call 0133242429,,,Ghafar sedia membantu..
jumpa lagi..

Sunday, February 13, 2011

Q and A(question and answer),Kenapa saya perlu ada perlindungan....

Biasalah,pada kebanyakan orang,apa yang terjadi.musibah ke,kemalangan ke atau apa-apa saja pun,akan terjadi kepada orang lain,dan tidak akan terjadi kepada kita,, padahal,kita mempunyai peluang 100% untuk mendapat kemalangan dimana-mana sahaja...cuma selama ini mungkin kita bernasib baik dan belum diuji.dalam soal penyakit, samaada ia pandemik(ex:SARs,denggi) atau penyakit yang memang kita cari akibat dari gaya hidup atau keturunan,kencing manis,darah tinggi,lemah jantung atau apa-apa sahaja, boleh dikatakan peluang setiap rakyat Malaysia mendapat penyakit itu adalah tinggi.cuma,kita belum kena.So!!!adakah kita bersedia.

Q:Saya dah ada duit banyak dalam bank,kalau saya mati sekarang keluarga saya dan keturunan saya akan hidup senang dengan duit yang saya tinggalkan,,,saya tak perlu ada perlindungan!!!

A:Betul,wang yang banyak boleh dibahagikan dan boleh diwariskan,contohnya RM1 juta(Sejuta),mungkin tak perlu apa-apa perlindungan.tetapi,jika anda mempunyai perlindungan, wang sejuta itu boleh menjadi 2 juta,dari sumbangan bulanan anda,jika anda mempunyai simpanan 1 juta,tentu anda mempunyai hasrat untuk "secure" satu juta tersebut.ini adalah satu pertimbangan yang bijak.

Itu jika anda meninggal(mati),bagaimana jika anda tidak mati,cuma sakit dan memerlukan kos rawatan yang tinggi,,,sejuta ringgit dalam simpanan anda mungkin akan digunakan sedikit dan simpanan anda akan susut,,,betul tak?,kalau anda ada perlindungan,tak payah pakai duit sendiri,,semuanya ditanggung,,cuma sumbangan Takaful anda memerlukan sedikit komitmen,itupun bukannya ribuan ringgit(bergantung kepada kemampuan) duit simpanan tak kacau pun,,,kan!!...

Q:Syarikat dan provide everything,dari epf,socso,medical, tak payah saya nak fikir pasal takaful    ke apa ke.

A:Selagi anda bekerja,yes,everything covered,tapi selalunya company tak akan bagi cover first class,kecuali u   staff class A,itu dalam bab medical cover.than,kalau kita meninggal dunia,socso ade,boleh dapat duit kan!!berapa banyak,,

Wednesday, February 9, 2011

Takaful vs Insurance vs perlindungan vs pelaburan.

Dulu,sebelum industri takaful memasuki pasaran malaysia,Insurance nyawa begitu sinonim, dan saya masih ingat pada ketika itu,AmInsurance memonopoli pasaran,sekitar tahun 1990 an,,,,Great Eastern juga hebat.Malaysia agak terlewat dalam industri takaful yang telah wujud sekian lama di Timur Tengah, dan Sudan adalah pelopor kepada Industri ini.

Apakah definasi Insurance,,,panjang kalau nak ditulis disini,,sila rujuk majalah Solusi edisi 27,kupasan oleh Dr.Zaharuddin Abd.Rahman(zaharudin.net),,,dan apakah itu Takaful.

Anda boleh rujuk mana-mana bahan ilmiah atau banyak majalah atau makalah yang menghuraikan tentang insurance dan takaful,dari segi hukum.Itu yang paling penting kalau kita seorang muslim yang menitikberatkan soal halal/haram dalam teras kehidupan kita,WAJIB.

cuma saya berikan sedikit penerangan tentang perbezaan nyata insurance dan takaful.

Insurance,
Syarikat adalah penanggung risiko,kita membayar kepada penanggung risiko(syarikat Insurance) sejumlah wang setiap bulan untuk syarikat menanggung setiap risiko yang kita insurankan,,,nyawa,hartabenda.Wang yang kita bayar setiap bulan adalah dipanggil premium yang mana ia menjadi hakmilik mutlak syarikat insurance,diniagakan wang tersebut kemana-mana sektor pelaburan,tak kira halal/haram dan keuntungan daripada pelaburan ini akan diberikan sedikit kepada pembayar premium tadi mengikut syarat dan terma yang telah dipersetujui.

Takaful.
Syarikat adalah pengendali risiko,bukan penanggung risiko.wujud istilah "tabarruat" atau tolong-menolong,bantu membantu antara satu sama lain jika salah satu daripada penyumbang ditimpa musibah dan jumlahnya adalah mengikut terma dan syarat yang telah dipersetujui dalam cadangan asal.

macamana tu,,,
contohnya sumbangan kita(dalam terma insurance dipanggil premium) akan dikumpul didalam satu tabung AKP(Akaun Kumpulan peserta),tabung ini dikendalikan oleh syarikat pengendali(Etiqa Takaful),penyumbang menyumbang dengan akad,jika berlaku sesuatu musibah,,,duit dari tabung ni je yang diambil,,

how company make profit,,,
simple je lah,,duit tu banyak.jadi syarikat akan melaburkan duit tu kedalam saluran-saluran pelaburan yang HALAL dan tiada syubahah dalam perkara haram.untung banyak tu,,,
keuntungan daripada tu, dalam takaful diberikan kembali kepada peserta dalam bentuk mudharabah,,,adalah percentage nya....biasanya dalam Etiqa dikira 5% lah,,,,bergantung kepada prestasi perniagaan.

nampak tak,,,sesuatu yang tersembunyi,,,
kalau kita menjadi penyumbang dalam Etiqa Takaful ,walau sekecil manapun sumbangan bulanan kita, kita telah membantu semua saudara seagama kita untuk menghadapi kesulitan atau dugaan,,,mungkin kecil sangat,mungkin cuma dua sen(0.02 cent),,,tapi,,,walau sebesar zarah pun,setiap pahala dan dosa itu akan dikira oleh Allah di Akhirat kelak....betul kan!!!..
Rujuk mana-mana sumber untuk lebih jelas...

Cuma satu ayat mudah yang boleh saya katakan,,,Insurance dan Takaful adalah ibarat Syurga dan Neraka....mungkin kasar sedikit tapi itulah hakikat sebenarnya..

This is posted by Bank ALJazira about takaful,,,u may find yourself...
What are the Crucial Elements that define a Takaful System :

At bottom, there are five (5) elements that must co-exist to establish a proper framework for a Takaful system; namely:
 
  • Ne'aa or utmost sincerity of Intention for knowingly following the guidance and adhering to the rule and purposes of Takaful - cooperative risk sharing and mutual assistance.
  • Integration of Sharia conditions, namely risk sharing under Ta'awuni principles, coincidence of ownership, participation in management by policyholders, avoidance of Riba and prohibited investments, and inclusion of al Mudharaba and/or al Wakalah principles for management practices .
  • Presence of Moral Value and Ethics whereby business is conducted openly in accordance with utmost good faith, honesty, full disclosure, truthfulness and fairness in all dealings.
  • No Unlawful Element, that contravenes Sharia and strict adherence to Islamic rules for commercial contract, namely:
    o Parties have legal capacity and are mentally fit
    o Insurable interest
    o Principle of indemnity prevails
    o Payment of premium is consideration (offer and acceptance)
    o Mutual consent which includes voluntary purification
    o Specific time period of policy and underlying agreement.



the detail boleh dapat kat link ni.http://www.takaful.com.sa/m4sub3.asp#ans3
almost complete...
Selamat Memahami,,,jumpa lagi...Wassalam..

Monday, February 7, 2011

Apa yang kita cari!!!

Salam buat semua!!,,,
Nama saya Abd.Ghafar zakaria,seorang pekerja di MagnaBridge S/Bhd,dan seorang wakil Etiqa Takaful(part time),saya bukan seorang penulis yang bagus juga bukan seorang yang terpelajar,,ada ijazah,Masters atau Phd dalam mana mana bidang.Cuma,mungkin boleh berkongsi sedikit rasa asam garam kehidupan sebagai mukadimah kepada perkenalan di alam siber ini.
Ramai yang takut dan lebih dasyat lagi,,,gerun dengan perkataan Etiqa,,,fobia dengan wakil-wakil Etiqa Takaful yang boleh membuat orang "menyampah",,,tapi,mari kita berbicara santai tentang kehidupan,lupakan Etiqa,Takaful,Pelaburan,Simpanan dan musibah....lupakan semua itu.

Dalam kehidupan ini,Apa yang kita cari,Keredaan Allah,kesenangan,kemewahan,kebahagian,wang yang banyak,pangkat,kehormatan,,atau apa!!,
Masing-masing mempunyai persepsi dan jawapan masing-masing dan kita semua akur dengan jawapan kita dan kita harus "adjust" dengan apa yang kita fikir tentang jawapan kita.

Apa yang saya cari?,
bagi saya, kesenangan dunia akhirat,senang didunia dan senang di akhirat,walaupun kehidupan selepas kematian atau di Akhirat adalah begitu subjektif bergantung kepada amalan semasa hidup,tapi kita harus berusaha,bertawakkal sebaik-baiknya untuk mendapat rahmat dan berkat Allah.

Jumpa lagi...